Click here for Myspace Layouts
ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah

Tuesday, 6 December 2011

Rindu itu datang lagi

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ 

Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau..





Assalamualaikum semua....
Alhamdulillah aku masih dipnjngkan umur utk menghirup udara segar di bumi Allah ini. Masih diberi ruang waktu untuk memprbaiki diri sblm kembali bertemu Yang Kekal Abadi. Hari2 yg  brlalu penuh dengan warna-warni kehidupan. Suka duka kehidupan dilalui dengan penuh sbr walaupun adakalanya hati meronta2 bagai manusia hilang pedoman. Syukur padaNYa  aku masih bertahan walaupun sangat berat menanggung perasaan...


Aku sentiasa memohon pada Yang Maha Mencipta semoga rinduku ini tidak memesongkan arah haluanku dari mengingatiNYA. Tidak membuatku tergelincir dari landasan agama yang dibawa KekasihNYA . Tidak membuatku hanyut dari lautan rahmat kasihNYA. Semoga rasa rindu ini menambahkan kekuatanku untuk terus mengerah seluruh daya upayaku untuk mendapatkan maghfirahMU. Semoga rasa rindu ini menjadi  penyebab untuk menambah rasa kerinduan yg x terucap padaMu YaRabb. Sungguh aku telah jatuh hati padanya. Rinduku padanya datang lagi....kali ini biarlah ku simpan perasaan ini sehingga Engkau memutuskan siapa dia di hati ini...jika benar, dia milikku, aku bersyukur pada Mu dan jika tidak, aku redha dengan ketentuan Mu. Moga manis & peritnya rindu ini mendapat berkat dariNYA. Amin ya Rabbal alamin.




(Usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah. Usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman)



Monday, 5 December 2011

Aku dan kek

arini aku nak citer sal kek... kalau nak tahu,sejak kebelakangan nie, aku suke sgt9 mkn kek!! aroma kek pun dh buat aku jadi x keruan..xder event pape pun aku tempah jugak kek just for saje2..ermmm aku pun tau apa nk jd ngn aku nie adehhhh.......pape pun nk buat mcm mne kn. orang x tau apa yang aku rase.. bau kek nie sangatttttttt sedap..wangi.. fuhhhhhhh mmg menusuk ke jantung lh! i love kek.. hehehe

Saturday, 3 December 2011

Kaunseling & Bahasa isyarat

kalu    nak tahu, nie kod huruf , kod huruf ni digunakan
untuk nama khas jer. cthnye, nama org n nme tmpt.
ni plak kod nombor..smua tu d letakkan pada posisi muka sahaja.
bru2 nie.. kami, bachelor education and science (counscelling)  telah di wajibkan utk memasuki kelas bhasa isyarat. mula2 aku ase mcm, ermmm mesti kelas tu boring, ngantuk n mcm2 lagi. first impression la katekan. kls pertama yg di buat adalah pada hari jumaat iaitu 2/12/2011. Ternyata, lain yang di pikir, lain pulak yang jadinye. Kelas bahasa isyarat, tersngat9 best. banyak benda yang kami belajar...kami telah di wajibkan untuk mengambil kelas bahasa isyarat ini adalah bertujuan untuk menjalankan sesi kaunseling pada golongan yang kurang upaya @ cacat seperti bisu dan pekak. Ermmm..aku akui, memang benda nie susah sangat2, apatah lagi kalau nk ingat semua bahasa isyarat yang digunakan oleh golongan ini. Tp, aku telah di berikan peluang sebesar ini dan aku akan manfaatkan sepenuhnya. Sekurang2nya aku ada sedikit kemahiran memahami n menggunakan bahasa isyarat ini yang tidak semua orang tahu dan berpeluang mempelajarinya ..hehehehe Tenaga pengajar yang mengajar pulak..sangat kelakar. moral of the story, memang best la... kami warga kaunseling adalah golongngan yang sangat2 bertuah. Tak sabar rasenye nk truskan untuk kelas yang akan datang...huhuhuhu.. Dek kerana terlalu obses ngn kelas nie, aku ngn kwn2 aku sntiase mempraktikkan penggunaan bahasa isyarat walau di mana kami berada,, luar kelas, dalam kelas, di mana2 je. Best jugak belajar bahasa isyarat ni yerk..k lah, samapi di sini shj coretan arini, nk tdo sat ea.

Friday, 25 November 2011

Kenapa kakak syg LISA ^_~

Buat Lisa... tiada kata seindah bahasa yang dapat di coretkan, ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. kehadiran Lisa, sangat berharga buat kak. harapan kak semoga hubungan persahabatan yang terjalin antara kita ini berkekalan sampai bila2. kakak sayang Lisa.. Hebat sungguh percaturan mu ya Allah. Kau hilang kan yang itu tp Kau hadirkan yang baru. malahan, lebih baik dari sebelum nya. Buat Lisa, kak ct tak tau nak cakap apa.. Lisa temankan akak ke hospital mase akak sakit, temankan akak kemana2 je akak nak pergi. Lisa selalu bantu akak. InsyaAllah, selagi hayat di kandung badan.. kak akan sentiasa bantu Lisa. Doa akak moga2 Lisa tabah hadapi setiap dugaan yang hadir dalam hidup Lisa. Perjalanan hidup kita masih panjang.. masih banyak lagi dugaan yang lebih berat yang akan datang menimpa (nauzubillah) dan kita harus bersedia. Dugaan yang datang pada lisa itu hanyalah secebis cuma dan per di ingat, manusia mana yang tiada masalah. Lisa..jangan lupa akak taw, sampai bebila sekalipun. jam dah pukul 12.58 am. waktu2 ceggini mesti lisa da tdo kan??? hahahahaaa. Akak berterima kasih sangat2 pada Allah sb pertemukan akak ngan Lisa. Ternyata ada hikmah di sebalik apa sahaja yang berlaku...InsyaAllah, nanti semester depan kita gi bercuti sama2 ea.. banyak yang nak di coretkan.. tp da lewat nie, mata da ngantuk. pape pun, kerana itu jugalah akak sayang Lisa. 


"MENGENALIMU ADALAH SESUATU YANG INDAH"



Hujan oh hujan..

Adehhhhh...bila aku punyai banyak perkara nak dikongsi, jadual aku plak penuh..asingment bertimbun-timbun. sekarang ni aku duk kat tempat keja. maklumlah..arini jumaat kelas pun x der. Aku keja part time kat kedai fotostat (fotostat shop gulau indah, uum). Tp tetap nak tulis juga walaupun terpaksa berulang kali tutup dan buka skrin laptop nie bila ada jerrr orang datang nak fotostat...hehehe bak kata pepatah "sambil menyelam minum air". Sejak kebelakangan nie Malaysia di landa hujan sepanjang hari kan?? Aku ingatkan hanya negeri pantai timur jerr, tp hampir kesemua tempat pun mencatatkan keadaan yang sama, jadi terpaksalah aku akui, Malaysia skrg mengalami musim tengkujuh. (haaaaaaa jaga2!!!!!). Ntah bagaiman la agaknyer kg aku... Kata mak aku, tahun nie banjir besar kat kelantan errrr sah-sah la kg aku jadi pulau nti sb memang tiap-tiap tahun mcm tu.. Tp kalau banjir besar tahun nie x mustahil dapur rumah rumah kami kena air banjir jugak. harap2 tidak la ea.
          Sebenarnya aku sngt suke ngn ujan. tapi aku x suke bila ujan lebat time aku nak gi kelas.huhuhuu. Kalau hujan waktu petang memang cantik sgt3. Teringat pulak kenangan mase kecik2 dulu, waktu tu aku ngn kawan2 ngah main kat bendang berdekatn rumah kami. tiba2, aku nampak hujan turun dari jauh dan menuju kearah kami. kawan aku trus meraung ( woiiiiiiiiiiiiiiii lari woiiii ujan kejor kiterr) Tanpa buang mase, kami terus berlari sekuat hati sehinggalah hujan datang juga membasahi kami...hahahah tp bila huan berenti, lewat petang cikit..pelangi mulai muncul. kami sama2 tengok pelangi sambil2 tunggu pakaian kami kembali kering huhuhuhuh (takut kena marah). Sejak dulu lagi aku punyai satu tabiat suka memerhati rintik-rintik hujan dari anjung rumah, atau pun ikut tingkap yang aku buka luas. Aku suke sgt2 bila angin dan basah air hujan menyapa ke muka aku, buat aku rasa dingin dan nyaman sesangat! Bila tengok ujan yang sdg turun, selalu membawa aku ke emosi yang pelbagai, kadang-kadang aku rase sayu, ada ketikanya aku rase sedih, di satu ketika lain pulak aku rase aman, gembira dan macam2 lagi lah... indahnya hati dan perasaan kurniaan Illahi ini. Alhamdulillah syukur.. Bila waktu hujan, suasana akan jadi sejukkkk  dan nyaman jerr. Ramai orang suka duduk kat umah waktu ceggini. Kalau aku pulak sah2 aku tarik selimut dan lena di buai mimpi. Tak akan aku lepaskan saat yang sungguh indah nie hehehe. Kalau kat kg, mesti mak aku goreng cokodok ngn buat air teh panas waaaaaaa  bestnyerrrr..arrrgghhhh nak baaalikkkkkkkkkk kg!!! :-(.. Tapi sekarang, bila sudah meningkat dewasa aku sudah jarang menikmati hujan. Aku sendiri tidak tahu sama ada kerana aku terlalu sibuk atau hujan sudah tidak memberikan kesan pada emosi aku lagi.. Tapi andai aku punya kesempatan, aku ingin menikmati hujan sabaik-baiknya dan aku tidak akn sekali-kali melepaskan peluang itu.
sampai di sini saje la yerrrrrrrrrrrr byebye...




.