Click here for Myspace Layouts
ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah

Monday, 9 January 2012

Lazatnya tomato dan Jus (^_^)

Assalamualaikum....haaaaaa hari nie, aku nak bercerita pasal buah tomato. Oleh kerana buah tomato ini adalah salah satu makanan kegemaran aku. Aku suka makan buah sejak dari aku berumur 19 tahun huhuhuhuu. Mula-mula memang aku sangat2 tak suka, tapi aku cuba makan buah nie, bila aku tengok mak aku makan mcm besstt jer... sejak dari hari tu, aku mula ketagih makan buah tomato nie, sampai la aku belajar kat universiti ni. Kat sini kalau aku kuar beli belah ngn member, mesti aku x miss bli buah tomato.. kadang2 adalah sampai 20biji aku beli hahahahaaa.. dalam 3 hri je pn blh abis dh..huhuhuuu. Oleh sebab aku suke sangat makan buah tomato nie, so arini, aku nk citer pasal khasiat buah tomato...memang x rugi la aku ketagih makan buah tomato nie hehehe..Tomato adalah sejenis buah buahan yang kaya dengan anti oksidan yang baik untuk kesiahatan kita. Selain itu, tomato juga mengandungi likopena, iaitu sejenis sebatian semulajadi yang dapat membantu dalam mencegah penyakit kanser. Terdapat bermacam-macam lagi khasiat buah tomato yang tanpa kita sedari sangat berguna untuk kesihatan diri. Khasiat buah tomato juga berkait rapat dengan kesihatan dan kecantikan kulit. Tomato ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, merawat masalah jerawat dan dan merawat penyakit kulit. elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak yang berkebihan,vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. 


Petua Penjagaan kulit menggunakan buah tomato


1)Mengecilkan liang roma**** campurkan 2 sudu jus tomato dengan dengan beberapa titik jus limau. sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. biarkan selama 15 minit dan selepas itu basuh dengan menggunakan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma. setelah itu, sapukan pelembap muka


2)Merawat Jerawat****Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan selama sejam atau lebih sebelum di bilas dan di keringkan. Lakukan setiap hari sehingga jerawat hilang.


sebenarnya banyak lagi petua-petua dengan menggunakan buah tomato nie... tp aku bagi dua je lah ea. nti kalau aku bg bnyk2kn nti , muak plak nk membacanye hehehehe... Mari kite tgk plak cara-cara nak buat jus tomato ni. mesti korang nak bljr kn???  urmmmmm sllrupppp.. nyum3..huhuhu. Ok, tgk kt bwh nie jommm..............
********************************************************************************
















Sunday, 8 January 2012

Lemah Lembut Bahasa CINTA

Cinta dan kasih sayang umpama mentari.. cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yg mpunyai mata. bersyukur lah jika kelembutan itu ada dalam dalam diri sang pencinta. Apa petanda masih ada cinta?? komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut..tetapi menggunakan mata dan hati juga. Kita perlu memandang orang yang di cinta. Jangan hanya kata-kata di tujukan, tapi pandanglah dia dengan dengan kasih sayang. Mata itu jendela bagi hati. Justeru, pertautan mata bermakna pertautan hati. Bahasa mata dan hati inilah yang dikenali sebagai bahasa cinta, bahasa rasa. Mata sangat diperlukan dalam komunikasi cinta.. oleh itu, pandanglah mata insan tercinta, lalu bicarakanlah dengan kata-kata, sudah pasti hati "kita dan dia" akan bertaut. Ya, sekiranya dalam hati masih ada cinta. Rasulullah  s,a,w bersabda yang bermaksud: 
                      
                         "Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu
                          melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). sebaliknya, 
                          tidaklah sifat itu dicabut daripada sesuatu, melainkan dia
                          akan membuatnya menjadi buruk."

Sudah pastinya ada yang tidak kena di mana-mana. cuba dilihat orang yang berbohong, cuba amati orang yang khianat dan telitilah sikap orang yang dalam hatinya penuh dengan perasaan benci. Mereka tidak mampu menatap mata orang yang mereka bohongi, khianati dan benci. Begitu juga antara "kita dan dia", apabila mata tidak turut serta dalam komunikasi antara "kita dan dia" salah seorang atau kedua-duanya besar kemungkinan mungkin sudah terguris hatinya.
     Sesungguhya, tidak ada insan lain yang paling berhak mendengar suara cinta dan bahasa kasih melainkan pasangan yang tercinta.. Jangan diberikan kepada insan lain. jika tidak, hati yang tercinta akan lari menjauh walaupun.. Jangan memperdengarkan jeritan jika bisikan sudah mampu untuk di dengar. walaupun sifat hati tidak ketara, tetapi kata-kata membuka rahsia. jika hati baik, tutur kata menjadi lembut, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. jika hati sebaliknya, tutr kata menjadi keras,  bahasa menjadi kasar dan nada menjadi celaru. Kita hanya akan merosakkan diri sendiri dengan bahasa kasar kerana bahasa kasar datangnya daripada kebencian. Sesungguhnya kebencian itu akan merosakkan diri sendiri. Jika bahasa kita baik, itu datang nya daripada rasa cinta dan cinta akan memberi kebaikan kepada diri sebanyak mana yang akan di terima oleh orang yang di cintai.  
 Cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa. cinta ialah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. Cinta boleh malangkaui dimensi dimensi dan generasi. Justeru, kita boleh mencintai Allah yang tidak menyerupai sebarang makhluk Nya. Kita boleh menyintai Rasulullah yang hidup ribuan tahun yang lalu. Kita boleh menyintai para sahabat dan para ulama silam yang tidak sezaman dengan kita. Itulah ajaib nya cinta... ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di hati , "Raja" dalam kerajaan diri manusia.apabila adanya cinta, kita boleh berkomunikasi  dan berinteraksi. cinta menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga. Namun, apabila tiadanya cinta,  segalanya akan lesu dan kaku. Hati hilang keinginan.. Apabila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itu petanda cinta itu telah hilang!! 



"NIKMATNYA CINTA DAN RINDU PADA YANG HALAL"