Click here for Myspace Layouts
ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah

Sunday, 8 January 2012

Lemah Lembut Bahasa CINTA

Cinta dan kasih sayang umpama mentari.. cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yg mpunyai mata. bersyukur lah jika kelembutan itu ada dalam dalam diri sang pencinta. Apa petanda masih ada cinta?? komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut..tetapi menggunakan mata dan hati juga. Kita perlu memandang orang yang di cinta. Jangan hanya kata-kata di tujukan, tapi pandanglah dia dengan dengan kasih sayang. Mata itu jendela bagi hati. Justeru, pertautan mata bermakna pertautan hati. Bahasa mata dan hati inilah yang dikenali sebagai bahasa cinta, bahasa rasa. Mata sangat diperlukan dalam komunikasi cinta.. oleh itu, pandanglah mata insan tercinta, lalu bicarakanlah dengan kata-kata, sudah pasti hati "kita dan dia" akan bertaut. Ya, sekiranya dalam hati masih ada cinta. Rasulullah  s,a,w bersabda yang bermaksud: 
                      
                         "Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu
                          melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). sebaliknya, 
                          tidaklah sifat itu dicabut daripada sesuatu, melainkan dia
                          akan membuatnya menjadi buruk."

Sudah pastinya ada yang tidak kena di mana-mana. cuba dilihat orang yang berbohong, cuba amati orang yang khianat dan telitilah sikap orang yang dalam hatinya penuh dengan perasaan benci. Mereka tidak mampu menatap mata orang yang mereka bohongi, khianati dan benci. Begitu juga antara "kita dan dia", apabila mata tidak turut serta dalam komunikasi antara "kita dan dia" salah seorang atau kedua-duanya besar kemungkinan mungkin sudah terguris hatinya.
     Sesungguhya, tidak ada insan lain yang paling berhak mendengar suara cinta dan bahasa kasih melainkan pasangan yang tercinta.. Jangan diberikan kepada insan lain. jika tidak, hati yang tercinta akan lari menjauh walaupun.. Jangan memperdengarkan jeritan jika bisikan sudah mampu untuk di dengar. walaupun sifat hati tidak ketara, tetapi kata-kata membuka rahsia. jika hati baik, tutur kata menjadi lembut, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. jika hati sebaliknya, tutr kata menjadi keras,  bahasa menjadi kasar dan nada menjadi celaru. Kita hanya akan merosakkan diri sendiri dengan bahasa kasar kerana bahasa kasar datangnya daripada kebencian. Sesungguhnya kebencian itu akan merosakkan diri sendiri. Jika bahasa kita baik, itu datang nya daripada rasa cinta dan cinta akan memberi kebaikan kepada diri sebanyak mana yang akan di terima oleh orang yang di cintai.  
 Cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa. cinta ialah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. Cinta boleh malangkaui dimensi dimensi dan generasi. Justeru, kita boleh mencintai Allah yang tidak menyerupai sebarang makhluk Nya. Kita boleh menyintai Rasulullah yang hidup ribuan tahun yang lalu. Kita boleh menyintai para sahabat dan para ulama silam yang tidak sezaman dengan kita. Itulah ajaib nya cinta... ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di hati , "Raja" dalam kerajaan diri manusia.apabila adanya cinta, kita boleh berkomunikasi  dan berinteraksi. cinta menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga. Namun, apabila tiadanya cinta,  segalanya akan lesu dan kaku. Hati hilang keinginan.. Apabila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itu petanda cinta itu telah hilang!! 



"NIKMATNYA CINTA DAN RINDU PADA YANG HALAL"











No comments:

Post a Comment