Assalamualaikum...wbt
Sebenarnya, tiada apa yang menarik dan
penting yang ingin aku kongsikan.. aku hanya ingin meluahkan segala rasa dan
ketakutan yang terpendam. Sepanjang cuti
semester ini aku telah banyak di khabarkan dengan berita yang menyedihkan
iaitu, “kematian”. Al-fatihah buat mereka yang telah pergi...semoga mereka di
tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Berita pemergian mereka yang aku
kenali ini dan telah menjadi sebahagian dari penceritaan perjalanan hidupku,
begitu mengejutkan dan memberikan tamparan yang hebat buat aku. Air mata
menitis mengenangkan mereka yang telah pergi dan tidak mungkin akan kembali
lagi. Terkadang diri ini tertanya2, adakah telah aku hargai sepenuhnya setiap
detik saat bersama mereka disuatu ketika dulu? Ya.... Benarlah...adalah menjadi
satu kesilapan yang amat besar pada mereka yang tidak tahu menghargai setiap
insan yang berada di sekeliling mereka, satu kesilapan yang amat besar pada
mereka tidak tahu untuk memohon maaf dan memberi maaf, satu kesilapan yang amat
besar pada mereka yang memutuskan ikatan sillaturrahim sesama mereka.
Terasa
seperti baru semalam aku lihat mereka, baru semalam bergurau senda dan berbual
mesra.. tapi hari ini, mereka telah pergi untuk selama-lamanya... Berita
pemergian mereka membuatkan hatiku berdebar-debar, saban malam aku menangis
seorang diri tatkala membayangkan diri ini juga pasti akan menyusul mereka
kelak. Biarpun tiada yang mengetahui coretan ini, namun Allah swt itu maha
mengetahui..sesungguhnya.. ajal, maut, jodoh, pertemuan segala2nya telah
tertulis untuk kita sejak azali lagi dan kita pada hari ini sedang berjalan di
atas tulisan-tulisan itu.. siapa tahu, barangkali entah esok, entah lusa aku
juga di jemput untuk menyusul mereka dan
andai itu takdirnya, beribu kemaafan buat insan2 yang mengenali diri ini...
Sesungguhnya aku takut untuk menghadapi
detik itu... entah bagaimana cara pemergianku, entah di mana tempatnya, entah
bilakah harinya..jam, minit, saat... Aku tahu, MATI ITU PASTI.. segala2 telah
tertulis di lauhul mahfudz Nya.. tiada
siapa mampu melawan takdir Allah swt.. Aku juga tahu, kita sebagai manusia
adalah sebagai khalifah di bumi Allah dan telah pun kita ketahui bahawa
kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, di akhirat juga kekal untuk
selamanya. Hari silih berganti, bila tibanya waktu malam, saat aku pejamkan
mata, hati ini mula resah gelisah, fikiran ku melayang jauh membayangkan andai
diri ini sudah tidak mampu bernafas di bumi Allah untuk hari esok...Apa yang
terjadi padaku? Bagaimana aku menghadapi detik itu? Saat Malaikat datang
menjemputku? Sempatkah aku mengalunkan kalimah syahadah? Ya Allah..sesungguhnya
Engkau mengerti rasa hati ini, sungguh! aku takut untuk menghadapi saat itu,
kuatkan lah semangatku Ya Allah. Menunaikan dengan penuh khusyuk memberikan aku
sedikit ketenangan dan hatiku akan mula
resah gelisah bilamana andai aku meninggalkan nya. Aku mula membayangkan andai
diri ini di jemput Nya dalam keadaan aku yang masih belum sempat bersedia...
Ya Allah yang maha agung,.. sesungguhnya
aku percaya bahawa MATI ITU PASTI, andai telah tiba waktunya untuk aku pergi menyusul
mereka yang telah pergi menghadap Mu Ya Allah.. aku redha... Ya Allah, daripada
Mu aku datang, dan kepada Mu jua aku kembali..Ya Allah, sesungguhnya, aku tidak
layak untuk ke syurga Mu.. Namun ya Allah, tidak pula aku sanggup ke neraka
Mu.. Engkau ampunkanlah dosa-dosaku dan terimalah taubat dariku. Sesungguhnya,
Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...
Amin....
Ya Rabb...
Cetusan Rasa,
~ R@tu Sy@h@d@h 89~
No comments:
Post a Comment