Sesungguhnya, aku redha di atas setiap apa yg berlaku.. manis aku jadikn kenangan, pahit aku jadikan teladan. cinta sesama manusia tu pelik kan?? aku sendiri pun x faham... kali kedua hati ini di usik dengan cinta setelah sekian lama hati ini kecundang dengan cinta yang pertama. tp syg.. sekali pn aku tidak pernah memberikan peluang. akhirnya, aku sendiri yg kecundang! aku redha.. redha,walau dalam senyuman duka. ;-(
"'redha itu ikhlas, pasrah itu berserah"... Aku yakin dan percaya bahawa telah Allah swt merencanakan sesuatu yang indah untukku.. amin.. sesungguhnya, "Allah swt tidak akan memberikan apa yang kita mahu, tapi Dia hanya akan memberikan apa yang kita perlu". Untuk itu, kata putus telah ku buat, aku akan berhijrah!.. berhijrah.. meninggalkan segala kenangan, meninggalkan segala keperitan.. aku ingin pergi jauh dari mereka. aku ingin melupakan segalanya. Mungkin ini jalan yang terbaik untukku. Yang telah berlaku, biarkan berlalu.. yang mendatang hadapi dengan cemerlang. Semoga segala keputusan yang telah ku buat adalah yang tebaik untuk aku, juga mereka yang mengenali diri ini..
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Ya Allah.. seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, Engkau dekatkanlah dia padaku.. hadirkanlah rasa cinta di antara kami dan satukanlah hati kami... Namun ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dia bukan milikku.. matikanlah hatiku daripada mengingatinya, jauhkan lah hati kami dan redhakanlah hatiku di atas setiap ketentuan Mu.. amin..
Kepadamu pendampingku...
Jika namamu yang tertulis di lauhul mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.. tugasku bukan mencari dirimu, tapi mensolehahkan diriku..wahai seseorang yang telah tertulis di lauhul mahfudz ku, imamku, dan ayah bagi anak-anakku, engkau yang bersama melalui perjalananku nanti.. aku percaya, kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.. doaku, walau dimana pun jua dirimu berada semoga dirimu sentiasa berada di bawah lindungan payung rahmat dan kasihnya.. dan semoga dirimu sentiasa di berkati
amin...