kadang-kadang aku terfikir dan tertanya-tanya.."APA SEBENARNYA CINTA???" kenapa agaknya ya, bila seseorang itu berada di depan mata, tidak pula dihargai..malah, dia di campak ke tepi.. Tapi, bila insan itu sudah pergi membawa diri, kenapa kepergiannya di tangisi? Hati yang memberi cinta juga kadang kala tidak seiring dengan hati yang sepatutnya menerima cinta.. wujud juga cinta yang hanya sebelah pihak.. yang satu itu menyintai dengan sepenuh hati, namun yang satu lagi langsung tidak meletakkan apa-apa perasaan di dalam hati.. lebih pelik lagi bila insan yang satu itu sanggup menunggu dengan harapan yang nyata belum pasti. Malah, sanggup juga memendam rasa menjeruk perasaan di dalam hati apabila melihat insan yang dicintai pergi.. pergi berbahagia bersama orang lain. Tapi peliknya.. "KENAPA MASIH SETIA MENANTI???" sedangkan insan yang dicintai langsung tidak menghargai, langsung tiada hati..walhal, saat jatuh bangun nya, insan yang satu itulah yang selalu bersama di sisi saban hari. menolong diri di kala kesusahan, mendengar segala keluhan dan membantu dalam setiap permasalahan..sentiasa menyokong dari belakang... namun, hatinya tetap keras.. sekeras kerikil!! tetap berdegil dengan mengatakan bahawa hatinya bukan untuk insan yang menyintai, tetapi untuk insan yang masih belum pasti kehadirannya.
Benar lah... cinta itu seperti satu keinginan mengejar apa yang diingini.. mengharapkan keajaiban untuk menunaikan impian dan harapan.. namun, ianya tidak semudah yang dijangkakan.. tidak semua harapan boleh menjadi kenyataan. cinta itu tidak boleh dipaksa. Namun.. "DAPATKAH HATI MENERIMA CINTA ANDAI ADA YANG IKHLAS MEMBERI???"
No comments:
Post a Comment