Click here for Myspace Layouts
ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah

Friday, 15 June 2012

Mestikah Mencintai Satu Sama Lain Dahulu Baru Boleh Berkahwin?


Rasa sunyi bila tiada. Rasa pilu bila tidak berhubung. Rasa lemah bila tidak berjumpa.Tetapi bukankah rasa sunyi bermaksud rindu? Bukankah bila wujud perasaan sayang dan rindu itu bermaksud cinta? Bukankah rasa pilu wujud setelah dua hati telah bertaut?Apakah cinta adalah syarat utama untuk berkahwin?

Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba memaksa untuk dapatkan orang yang kita suka tetapi sayangilah dengan apa yang kita ada.

Cinta, kasih dan sayang itu adalah hak milik Allah. Dia berhak untuk titipkan perasaan cinta, kasih dan sayang itu kepada sesiapa sahaja. Sama juga. Dia berhak untuk menarik perasaan cinta, kasih dan sayang itu daripada sesiapa sahaja, bila-bila masa.

Tidak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita cinta 100% itu, ia akan kekal sehingga ke alam rumah tangga! Apatah lagi bercinta hingga ke syurga.

KAHWIN DULU, CINTA KEMUDIAN

Walaupun kita cuba pertahan keindahan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun. Walaupun kita membataskan banyak perkara agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat.

Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Walaupun kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan janji-janji manis, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin.Walaupun kita cuba membataskan banyak perkara dan pergaulan, namun akhirnya ramai yang kecundang

Cinta sebelum kahwin adalah cinta nafsu. Cinta selepas kahwin adalah cinta suci.

Cinta sebelum kahwin banyak melahirkan penzina. Cinta selepas kahwin banyak melahirkan pencinta hingga ke syurga.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu.


Cinta yang berpandukan kecintaan kepada Allah semata-mata akan membahagiakan hati dan menenangkan jiwa manusia. Indahnya cinta bila lafaznya adalah halal!

Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab Allah. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.

Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kepadaku dan juga kita semua jalan yang lurus dan diredhai-Nya.
 
Ya Allah... aku hambamu yang lemah.. lindungilah diriku, iringilah setiap langkahku, jika aku lalai.. sedarkanlah aku segera. ampunkanlah dosa2ku ya Allah..
amin..

Wednesday, 6 June 2012

jika aku diberikan pilihan


Jika aku di berikan pilihan.. untuk memilih diantara keduanya:-


1) Yang pertama...pernah hadir dalam hidupku, elok parasnya.. putih kulitnya, insan pertama yang menyerikan hidupku dan menyimpan beribu kenangan.. namun, dia berlalu pergi meninggalkan aku ats alasan2 yg tertentu yang aku sendiri tidak tahu di mana hujung pangkalnya pada waktu itu dan aku bersedih diatas pemergiannya. Saat itu, aku tidak mengenal erti putus asa  dia aku jejaki.. dia ku pujuk.. dia ku rindu..dia ku sayang dan teramat amat sayang... namun segala pujukan, rayuan di pandang sepi... sepi... dan terus sepi....tangisan menjadi peneman saban malam. sehingga ke hari ini masih ada secebis rasa syg dan kadang kala rindu juga datang bertandang.  sehingga suatu masa, dia kembali padaku.. pinta agar diberikan peluang kedua, berjanji bersumpah dengan penuh kesungguhan... yg kdng kala merapuhkan jiwa yg utuh..


2) Yang keduanya..hadir saat aku jatuh. sentiasa menjadi peneman, pendengar setia dikala kesusahan, menghargai aku seadanya dan menghormati diriku sbg seorang wanita.Tiada apa-apa keistimewaan.. tiada lakaran indah yang dapat diceritakan. hanya punyai 1 kelebihan... sentiasa bersamaku saat aku kecundang. 



maka, tanpa ragu2 aku akan memilih yang kedua.. kerana dia tidak pernah tega meninggalkan aku sehingga bertahun lamanya. kerana dia sentiasa bersama aku... kerana dia menghormatiku. aku tidak pernah menyesal memilih dia walau rasa syg tidak sama seindah yg pertama.. kerana aku berjanji aku akan menyayangi nya sepenuh hati malahan melebihi yang pertama.. dia tidak pernah tega meninggalkan ku maka aku berjanji tidak akan pernah meninggalkannya.. kecuali maut. Dia sentiasa bersamaku.. maka aku akan sentiasa bersamanya selagi dia masih memerlukan diriku sehingga dia sendiri yang ingin membuang ku dari hidupnya.. Dia menghormati diriku, maka aku akan menghormati dirinya sebaiknya sebagai permata hatiku dan sebagai seorang insan yang berharga dalam hidupku. Cinta sesama manusia hanya kan hadir selepas ijab.. maka, aku akan menyintainya sepenuh hatiku hingga ke akhirnya.walau siapa dirinya, aku akan menjadi pelengkap hidupnya. aku akan menutupi segala kekurangan yang ada.. insyaAllah... semoga aku dan dia saling melengkapi dengan izin Nya.. amin..