Wednesday, 6 June 2012
jika aku diberikan pilihan
Jika aku di berikan pilihan.. untuk memilih diantara keduanya:-
1) Yang pertama...pernah hadir dalam hidupku, elok parasnya.. putih kulitnya, insan pertama yang menyerikan hidupku dan menyimpan beribu kenangan.. namun, dia berlalu pergi meninggalkan aku ats alasan2 yg tertentu yang aku sendiri tidak tahu di mana hujung pangkalnya pada waktu itu dan aku bersedih diatas pemergiannya. Saat itu, aku tidak mengenal erti putus asa dia aku jejaki.. dia ku pujuk.. dia ku rindu..dia ku sayang dan teramat amat sayang... namun segala pujukan, rayuan di pandang sepi... sepi... dan terus sepi....tangisan menjadi peneman saban malam. sehingga ke hari ini masih ada secebis rasa syg dan kadang kala rindu juga datang bertandang. sehingga suatu masa, dia kembali padaku.. pinta agar diberikan peluang kedua, berjanji bersumpah dengan penuh kesungguhan... yg kdng kala merapuhkan jiwa yg utuh..
2) Yang keduanya..hadir saat aku jatuh. sentiasa menjadi peneman, pendengar setia dikala kesusahan, menghargai aku seadanya dan menghormati diriku sbg seorang wanita.Tiada apa-apa keistimewaan.. tiada lakaran indah yang dapat diceritakan. hanya punyai 1 kelebihan... sentiasa bersamaku saat aku kecundang.
maka, tanpa ragu2 aku akan memilih yang kedua.. kerana dia tidak pernah tega meninggalkan aku sehingga bertahun lamanya. kerana dia sentiasa bersama aku... kerana dia menghormatiku. aku tidak pernah menyesal memilih dia walau rasa syg tidak sama seindah yg pertama.. kerana aku berjanji aku akan menyayangi nya sepenuh hati malahan melebihi yang pertama.. dia tidak pernah tega meninggalkan ku maka aku berjanji tidak akan pernah meninggalkannya.. kecuali maut. Dia sentiasa bersamaku.. maka aku akan sentiasa bersamanya selagi dia masih memerlukan diriku sehingga dia sendiri yang ingin membuang ku dari hidupnya.. Dia menghormati diriku, maka aku akan menghormati dirinya sebaiknya sebagai permata hatiku dan sebagai seorang insan yang berharga dalam hidupku. Cinta sesama manusia hanya kan hadir selepas ijab.. maka, aku akan menyintainya sepenuh hatiku hingga ke akhirnya.walau siapa dirinya, aku akan menjadi pelengkap hidupnya. aku akan menutupi segala kekurangan yang ada.. insyaAllah... semoga aku dan dia saling melengkapi dengan izin Nya.. amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment