Hari ini 17 march 2012


Tarikh keramat buat aku kerana hari ini adalah hari kelahiranku. So, arini aku citer tentang aku.. aku di
lahirkan pada 17 march 1989 iaitu pada hari jumaat.. kata mak , nak beranak kan
aku nie tak susah.. Alhamdulillah....tidak ada sebarang masalah. Aku di
lahirkan pada waktu maghrib.. orang tua2 cakap kalau budak nie lahir pada
waktu2 cegini, org nya sangat keras aty. Betul atau tidak, aku sendiri tak pasti, t apa yang pastinya “aku memang
seorang yang keras aty”....heheheee. ok,
sambung citer lagi....aku di lahirkan di rumah aku sendiri. maklum lah, kt kampung
kan, kalau mse dlu2 nurse pergi ke rumah...lg pun pada mase 2, ayah aku tiada
kat rumah sb “berkhidmat untuk Negara”...kalau nak pegi hospital 2 susah la
kan. Mase aku bru dilahirkan, berat aku 2.5 kilo je. Kecik sangat2 tp yang menjadi masalahnye, sekarang berat
aku berkilo2 hahahahaaaa.. mak kata, aku nie budak baik, x bnyk karenah...
nangis pn x, bnyk diam je. Nak tau x,
mase mak aku mengandungkan aku, sedara mara..adik beradik semua ingatkan yang
dalam perut mak aku tu bayi lelaki..hahaha.. nk tau kenapa????? Sebabbbb....
dlm family aku nie, adik beradik aku lahir silang bunga “bahasa org2 tua dulu2”..tau
silang bunga tu apa? Silang bunga nie, lahir selang seli.. mula2 lelaki, pastu
pompuan, pastu laki dan begitulh sterusnya.. jd, memandangkan yg ats aku tu
pompuan, “kakak aku la”.. so, diorng ni smua mati2 ingat lelaki hahaha.. adik aku plak laki, pastu pompuan, bongsu
plak laki.. selang seli lagi.. so, aku lah yg istimewa hahaha.. Nama di beri
plak, SITI MARIAH. Dlu2, mse skolah rendah dlu, aku x suka sangat ngan nama aku.. tp, rupa2 nya nama aku nie ada
sejarah... satu mase dlu, di waktu
petang..mse duduk2 kat anjung rumah,
kakak aku nie dengan rajinnye mendandan rambut aku. Pastu dia tanya aku, aku suka x dengan nama
aku.. aku cakap x suka! Hodoh haha.. so, apalagi, kakak aku pn marah lerrr, di
sentap nye rambut aku..rupa2 nye, dia yang letak nama aku. Katanya, nme aku nie
bkn saje2 dia nak letak, nme aku nie adalah sempena nama ustazah kesayangan nya
kat sekolah dulu2. Kalau x silap aku, ustazah
tu mak angkat dia... ustazah tu sangat baik. Tp umo ustazah tu x
panjang, dia meninggal dunia sebab kena barah otak. Kebetulan pada mse tu, mak
aku melahirkan aku.. jadi, kakak aku pun terus
letak nme tu. Mula2 nk letak MARIAH je, tp pendek sangat, jd kakak aku
pn tambahkan SITI.. so, jadilah SITI
MARIAH. Lepas aku tau cerita tu, aku mula suka dengan nama aku.. aku berbangga
dengan nama yang terindah ini. MARIAH bermaksud putih, SITI bermaksud puteri. Jadi
nme aku PUTERI PUTIH hahahaaaa..so sweet. Tp orgnye x putih pon.. kelabu jek
haha. Harapan aku, azam baru aku, aku
nak jadi baik.. nk jd sebaik ustazah itu... biar peribadiku seindah
namaku..heheheee. td, aku call mak aku,
mak aku dh tua, mne nk ingt hari lahir ank2 dia kan.. aku call mak, dan ckp
arini hri lhir aku, tp mak plak bz. Katanye duk hospital, tok sdare aku sakit. Mlm
bru aku call...hehehe.. ehem2! Kat cnie, aku nak bg puisi sikit buat bondaku yg
tersayang.....

Ibu
Waktu itu mengujimu
Ku kau gendong ke sana-sini
Semakin hari semakin beban
Namun bagimu ianya harapan
Setelah sampai nisbah ketentuan tuhan
10 hari dan sembilan bulan
Bercucuran air mata kegembiraan
Walaupun kesakitan memetir bak taufan
Aku kau sayangi
Aku kau kasihi
Tak luak kasihmu ibu
Tak lekang perhatian kau padaku
Aku terus membesar
Seiring masa yang beredar
Kau sentiasa di sisi
Memberi harapan pada diri ini
yang kau harapkan sejak dulu
Ibu
Aku berjanji selagi dayaku
Harapanmu pasti hidup
Impianmu pasti mekar suatu hari nanti
Takkanku biar kau diluka
Oleh setiap perilaku ku
Atau sesiapa jua yang ada kini
Kau lah yang satu
Ku selalu mengharapkan
Agar setiap masa kita bersama
Aku sepi tanpamu
Aku sunyi bila kau jauh
Aku rindukan belainmu
Oh ibu datanglah padaku
Selagi nyawa ini bersatu dengan jasad
Takkan sekali-kali kau kulupakan
kerana matilah hatiku bila kau ku lupa
hilanglah arahku bila kau tiada
Ibu
Kaulah satunya ibuku
Oh tuhan
Ibuku banyak berjasa padaku
Kau lindungilah dia dari petaka
Dunia dan akhirat sana
Tak sanggup kulihat ibuku derita
Pindahkanlah segala duka itu padaku
Tak mampu aku menahan sebak
Andai ibuku kau uji
Sekali-kali air mataku mengalir
Mengenang sakit dan derita yang ibu tanggung
Semakinku kenang semakin ia bergenang
Tuhan andai ibuku ada silapnya padamu
Ampunilah dia, terimalah doaku buatnya
Dia aku harapkan padamu
Agar bersama mereka yang kau payungi
Dengan rahmatmu yang maha luas
Ibu
Dengarlah...
Andai sampai waktu tuhan menentukan
Saat perpisahan yang pasti terjadi
Samada aku atau kau
Ingatlah hati ini telah terukir indah namamu
Nama ibu yang aku rindu
Nama ibu yang aku sayang
Nama ibuku yang satu.
“special for, SITI HAWA”
Aku bersyukur pada Allah swt... kerana hingga ke hari ini aku masih lagi mampu bernafas
di bumi Nya.. terima kasih Allah kerana masih
lagi memberikanku peluang untuk terus bersama hamba2 mu. Ya Allah, Engkau panjangkanlah umur ibuku,
sihatkanlah tubuh badannya, murahkan lah rezekinya, ampunkanlah dosa2 nya,
berkatilah ibuku....Terima kasih
Allah... Alhamdulillah...
sesungguhnya, kasih ibu tiada taranya.. ampunkan dosa ku ibu..
Created by,
~RATU SYAHADAH~