Click here for Myspace Layouts
ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah ct mariah

Friday, 15 June 2012

Mestikah Mencintai Satu Sama Lain Dahulu Baru Boleh Berkahwin?


Rasa sunyi bila tiada. Rasa pilu bila tidak berhubung. Rasa lemah bila tidak berjumpa.Tetapi bukankah rasa sunyi bermaksud rindu? Bukankah bila wujud perasaan sayang dan rindu itu bermaksud cinta? Bukankah rasa pilu wujud setelah dua hati telah bertaut?Apakah cinta adalah syarat utama untuk berkahwin?

Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba memaksa untuk dapatkan orang yang kita suka tetapi sayangilah dengan apa yang kita ada.

Cinta, kasih dan sayang itu adalah hak milik Allah. Dia berhak untuk titipkan perasaan cinta, kasih dan sayang itu kepada sesiapa sahaja. Sama juga. Dia berhak untuk menarik perasaan cinta, kasih dan sayang itu daripada sesiapa sahaja, bila-bila masa.

Tidak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita cinta 100% itu, ia akan kekal sehingga ke alam rumah tangga! Apatah lagi bercinta hingga ke syurga.

KAHWIN DULU, CINTA KEMUDIAN

Walaupun kita cuba pertahan keindahan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun. Walaupun kita membataskan banyak perkara agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat.

Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Walaupun kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan janji-janji manis, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin.Walaupun kita cuba membataskan banyak perkara dan pergaulan, namun akhirnya ramai yang kecundang

Cinta sebelum kahwin adalah cinta nafsu. Cinta selepas kahwin adalah cinta suci.

Cinta sebelum kahwin banyak melahirkan penzina. Cinta selepas kahwin banyak melahirkan pencinta hingga ke syurga.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu.


Cinta yang berpandukan kecintaan kepada Allah semata-mata akan membahagiakan hati dan menenangkan jiwa manusia. Indahnya cinta bila lafaznya adalah halal!

Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab Allah. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.

Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kepadaku dan juga kita semua jalan yang lurus dan diredhai-Nya.
 
Ya Allah... aku hambamu yang lemah.. lindungilah diriku, iringilah setiap langkahku, jika aku lalai.. sedarkanlah aku segera. ampunkanlah dosa2ku ya Allah..
amin..

Wednesday, 6 June 2012

jika aku diberikan pilihan


Jika aku di berikan pilihan.. untuk memilih diantara keduanya:-


1) Yang pertama...pernah hadir dalam hidupku, elok parasnya.. putih kulitnya, insan pertama yang menyerikan hidupku dan menyimpan beribu kenangan.. namun, dia berlalu pergi meninggalkan aku ats alasan2 yg tertentu yang aku sendiri tidak tahu di mana hujung pangkalnya pada waktu itu dan aku bersedih diatas pemergiannya. Saat itu, aku tidak mengenal erti putus asa  dia aku jejaki.. dia ku pujuk.. dia ku rindu..dia ku sayang dan teramat amat sayang... namun segala pujukan, rayuan di pandang sepi... sepi... dan terus sepi....tangisan menjadi peneman saban malam. sehingga ke hari ini masih ada secebis rasa syg dan kadang kala rindu juga datang bertandang.  sehingga suatu masa, dia kembali padaku.. pinta agar diberikan peluang kedua, berjanji bersumpah dengan penuh kesungguhan... yg kdng kala merapuhkan jiwa yg utuh..


2) Yang keduanya..hadir saat aku jatuh. sentiasa menjadi peneman, pendengar setia dikala kesusahan, menghargai aku seadanya dan menghormati diriku sbg seorang wanita.Tiada apa-apa keistimewaan.. tiada lakaran indah yang dapat diceritakan. hanya punyai 1 kelebihan... sentiasa bersamaku saat aku kecundang. 



maka, tanpa ragu2 aku akan memilih yang kedua.. kerana dia tidak pernah tega meninggalkan aku sehingga bertahun lamanya. kerana dia sentiasa bersama aku... kerana dia menghormatiku. aku tidak pernah menyesal memilih dia walau rasa syg tidak sama seindah yg pertama.. kerana aku berjanji aku akan menyayangi nya sepenuh hati malahan melebihi yang pertama.. dia tidak pernah tega meninggalkan ku maka aku berjanji tidak akan pernah meninggalkannya.. kecuali maut. Dia sentiasa bersamaku.. maka aku akan sentiasa bersamanya selagi dia masih memerlukan diriku sehingga dia sendiri yang ingin membuang ku dari hidupnya.. Dia menghormati diriku, maka aku akan menghormati dirinya sebaiknya sebagai permata hatiku dan sebagai seorang insan yang berharga dalam hidupku. Cinta sesama manusia hanya kan hadir selepas ijab.. maka, aku akan menyintainya sepenuh hatiku hingga ke akhirnya.walau siapa dirinya, aku akan menjadi pelengkap hidupnya. aku akan menutupi segala kekurangan yang ada.. insyaAllah... semoga aku dan dia saling melengkapi dengan izin Nya.. amin..

Wednesday, 30 May 2012

Redha Itu Ikhlas

        Sesungguhnya, aku redha di atas setiap apa yg berlaku.. manis aku jadikn kenangan, pahit aku jadikan teladan. cinta sesama manusia tu pelik kan?? aku sendiri pun x faham... kali kedua hati ini di usik dengan cinta setelah sekian lama hati ini kecundang dengan cinta yang pertama. tp syg.. sekali pn aku tidak pernah memberikan peluang. akhirnya, aku sendiri yg kecundang! aku redha.. redha,walau dalam senyuman duka. ;-(        
"'redha itu ikhlas, pasrah itu berserah"... Aku yakin dan percaya bahawa telah Allah swt merencanakan sesuatu yang indah untukku.. amin.. sesungguhnya, "Allah swt tidak akan memberikan apa yang kita mahu, tapi Dia hanya akan memberikan apa yang kita perlu". Untuk itu, kata putus telah ku buat, aku akan berhijrah!.. berhijrah.. meninggalkan segala kenangan, meninggalkan segala keperitan.. aku ingin pergi jauh dari mereka. aku ingin melupakan segalanya. Mungkin ini jalan yang terbaik untukku. Yang telah berlaku, biarkan berlalu.. yang mendatang hadapi dengan cemerlang. Semoga segala keputusan yang telah ku buat adalah yang tebaik untuk aku, juga mereka yang mengenali diri ini..


سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Ya Allah.. seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, Engkau dekatkanlah dia padaku.. hadirkanlah rasa cinta di antara kami dan satukanlah hati kami... Namun ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dia bukan milikku.. matikanlah hatiku daripada mengingatinya, jauhkan lah hati kami dan redhakanlah hatiku di atas setiap ketentuan Mu.. amin..
Kepadamu pendampingku...

Jika namamu yang tertulis di lauhul mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.. tugasku bukan mencari dirimu, tapi mensolehahkan diriku..wahai seseorang yang telah tertulis di lauhul mahfudz ku, imamku, dan ayah bagi anak-anakku, engkau yang bersama melalui perjalananku nanti.. aku percaya, kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.. doaku, walau dimana pun jua dirimu berada semoga dirimu sentiasa berada di bawah lindungan payung rahmat dan kasihnya.. dan semoga dirimu sentiasa di berkati
amin...




Tuesday, 15 May 2012

CINTA

kadang-kadang aku terfikir dan tertanya-tanya.."APA SEBENARNYA CINTA???"  kenapa agaknya ya, bila seseorang itu berada di depan mata, tidak pula dihargai..malah, dia di campak ke tepi.. Tapi, bila insan itu sudah pergi membawa diri, kenapa kepergiannya di tangisi? Hati yang memberi cinta juga kadang kala tidak seiring dengan hati yang sepatutnya menerima cinta.. wujud juga cinta yang hanya sebelah pihak.. yang satu itu menyintai dengan sepenuh hati, namun yang satu lagi langsung tidak meletakkan apa-apa perasaan di dalam hati.. lebih pelik lagi bila insan yang satu itu sanggup menunggu dengan harapan yang nyata belum pasti. Malah, sanggup juga memendam rasa menjeruk perasaan di dalam hati apabila melihat insan yang dicintai pergi.. pergi berbahagia bersama orang lain. Tapi peliknya.. "KENAPA MASIH SETIA MENANTI???" sedangkan insan yang dicintai langsung tidak menghargai, langsung tiada hati..walhal, saat jatuh bangun nya, insan yang satu itulah yang selalu bersama di sisi saban hari. menolong diri di kala kesusahan, mendengar segala keluhan dan membantu dalam setiap permasalahan..sentiasa menyokong dari belakang... namun, hatinya tetap keras.. sekeras kerikil!! tetap berdegil dengan mengatakan bahawa hatinya bukan untuk insan yang menyintai, tetapi untuk insan yang masih belum pasti kehadirannya.


Benar lah... cinta itu seperti satu keinginan mengejar apa yang diingini.. mengharapkan keajaiban untuk menunaikan impian dan harapan.. namun, ianya tidak semudah yang dijangkakan.. tidak semua harapan boleh menjadi kenyataan. cinta itu tidak boleh dipaksa. Namun.. "DAPATKAH HATI MENERIMA CINTA ANDAI ADA YANG IKHLAS MEMBERI???"

Sunday, 18 March 2012

Ku Bahagia!!! (^_^)


Terima Kasih Teman...
hari nie aku nk sambung citer pasal bufday aku yg semalam...hehehe.  aku sangat2  x sangka yang kawan2 aku nak sambut bufday aku. Td memang aku terkejut sangat2 tp dalam aty jeww.. x bley nk nk tunjuk excited sgt kan....aku heppy sangat2. Trima kasih buat semua yang telah menjayakan rancangan nie. Dah lama x tiup lilin, rase mcm nk berguling2, melompat2,bersorak2 kegembiraan hehehe.. trima kasih byk2 buat kwn2  yang ingat bufday aku, yang wish kt fb, yg mesej, yang wish nyanyi2 kt bilik.. trima kasih bnyk2. Mak aku ckp, “kata-kata itu satu doa”. So, ramai sangat yg wish ckp moga panjang umo, murah rezeki, may god bless u, moga jumpa jodoh, kawin cepat, hepi selalu, mcm2 lagilah. Doaku, moga2 segala2nya menjadi kenyataan.. amin ya rabb...tahun ini, tahun istimewa buat aku... THANK YOU ALLAH..THANK YOU ALLAH..THANK YOU ALLAH......  Ya Allah.. aku akan sentiasa menyintai Mu, sedikit pn tidak akan berkurangnya cintaku pada Mu. Benarlah tiada sesuatu pn yang lebih indah melainkan perasaan cinta yang hanya kepada, Mu ya Allah....amin Ya Rabb..
Alhamdulillah...... (^_^)


Saturday, 17 March 2012

~SWEET 23~ 17 march 1989


Hari ini 17 march 2012
Tarikh keramat buat aku kerana hari ini adalah hari kelahiranku.  So, arini aku citer tentang aku.. aku di lahirkan pada 17 march 1989 iaitu pada hari jumaat.. kata mak , nak beranak kan aku nie tak susah.. Alhamdulillah....tidak ada sebarang masalah. Aku di lahirkan pada waktu maghrib.. orang tua2 cakap kalau budak nie lahir pada waktu2 cegini, org nya sangat keras aty. Betul atau tidak, aku sendiri  tak pasti, t apa yang pastinya “aku memang seorang yang keras aty”....heheheee.  ok, sambung citer lagi....aku di lahirkan di rumah aku sendiri. maklum lah, kt kampung kan, kalau mse dlu2 nurse pergi ke rumah...lg pun pada mase 2, ayah aku tiada kat rumah sb “berkhidmat untuk Negara”...kalau nak pegi hospital 2 susah la kan. Mase aku bru dilahirkan, berat aku 2.5 kilo je. Kecik sangat2  tp yang menjadi masalahnye, sekarang berat aku berkilo2 hahahahaaaa.. mak kata, aku nie budak baik, x bnyk karenah... nangis pn x, bnyk diam je.  Nak tau x, mase mak aku mengandungkan aku, sedara mara..adik beradik semua ingatkan yang dalam perut mak aku tu bayi lelaki..hahaha.. nk tau kenapa????? Sebabbbb.... dlm family aku nie, adik beradik aku lahir silang bunga “bahasa org2 tua dulu2”..tau silang bunga tu apa? Silang bunga nie, lahir selang seli.. mula2 lelaki, pastu pompuan, pastu laki dan begitulh sterusnya.. jd, memandangkan yg ats aku tu pompuan, “kakak aku la”.. so, diorng ni smua mati2 ingat lelaki hahaha..  adik aku plak laki, pastu pompuan, bongsu plak laki.. selang seli lagi.. so, aku lah yg istimewa hahaha.. Nama di beri plak, SITI MARIAH. Dlu2, mse skolah rendah dlu, aku x suka sangat ngan nama aku..  tp, rupa2 nya nama aku nie ada sejarah...  satu mase dlu, di waktu petang..mse duduk2  kat anjung rumah, kakak aku nie dengan rajinnye mendandan rambut aku.  Pastu dia tanya aku, aku suka x dengan nama aku.. aku cakap x suka! Hodoh haha.. so, apalagi, kakak aku pn marah lerrr, di sentap nye rambut aku..rupa2 nye, dia yang letak nama aku. Katanya, nme aku nie bkn saje2 dia nak letak, nme aku nie adalah sempena nama ustazah kesayangan nya kat sekolah dulu2. Kalau x silap aku, ustazah  tu mak angkat dia... ustazah tu sangat baik. Tp umo ustazah tu x panjang, dia meninggal dunia sebab kena barah otak. Kebetulan pada mse tu, mak aku melahirkan aku.. jadi, kakak aku pun terus  letak nme tu. Mula2 nk letak MARIAH je, tp pendek sangat, jd kakak aku pn tambahkan SITI..  so, jadilah SITI MARIAH. Lepas aku tau cerita tu, aku mula suka dengan nama aku.. aku berbangga dengan nama yang terindah ini. MARIAH bermaksud putih, SITI bermaksud puteri. Jadi nme aku PUTERI PUTIH hahahaaaa..so sweet. Tp orgnye x putih pon.. kelabu jek haha.  Harapan aku, azam baru aku, aku nak jadi baik.. nk jd sebaik ustazah itu... biar peribadiku seindah namaku..heheheee.  td, aku call mak aku, mak aku dh tua, mne nk ingt hari lahir ank2 dia kan.. aku call mak, dan ckp arini hri lhir aku, tp mak plak bz. Katanye duk hospital, tok sdare aku sakit. Mlm bru aku call...hehehe.. ehem2! Kat cnie, aku nak bg puisi sikit buat bondaku yg tersayang.....





Ibu 
Waktu itu mengujimu 
Ku kau gendong ke sana-sini 
Semakin hari semakin beban 
Namun bagimu ianya harapan 
Setelah sampai nisbah ketentuan tuhan 
10 hari dan sembilan bulan 
Bercucuran air mata kegembiraan 
Walaupun kesakitan memetir bak taufan 
Aku kau sayangi 
Aku kau kasihi 
Tak luak kasihmu ibu 
Tak lekang perhatian kau padaku 
Aku terus membesar 
Seiring masa yang beredar 
Kau sentiasa di sisi 
Memberi harapan pada diri ini 
yang kau harapkan sejak dulu 
Ibu 
Aku berjanji selagi dayaku 
Harapanmu pasti hidup 
Impianmu pasti mekar suatu hari nanti 
Takkanku biar kau diluka 
Oleh setiap perilaku ku 
Atau sesiapa jua yang ada kini 
Kau lah yang satu
Ku selalu mengharapkan 
Agar setiap masa kita bersama
 
Aku sepi tanpamu
 
Aku sunyi bila kau jauh
 
Aku rindukan belainmu
 
Oh ibu datanglah padaku
 
Selagi nyawa ini bersatu dengan jasad
 
Takkan sekali-kali kau kulupakan
 
kerana matilah hatiku bila kau ku lupa
 
hilanglah arahku bila kau tiada
 
Ibu
 
Kaulah satunya ibuku
 
Oh tuhan
 
Ibuku banyak berjasa padaku
 
Kau lindungilah dia dari petaka
 
Dunia dan akhirat sana
 
Tak sanggup kulihat ibuku derita
 
Pindahkanlah segala duka itu padaku
 
Tak mampu aku menahan sebak
 
Andai ibuku kau uji
 
Sekali-kali air mataku mengalir
 
Mengenang sakit dan derita yang ibu tanggung
 
Semakinku kenang semakin ia bergenang
 
Tuhan andai ibuku ada silapnya padamu
 
Ampunilah dia, terimalah doaku buatnya
 
Dia aku harapkan padamu
 
Agar bersama mereka yang kau payungi
 
Dengan rahmatmu yang maha luas
 
Ibu
 
Dengarlah...
 
Andai sampai waktu tuhan menentukan
 
Saat perpisahan yang pasti terjadi
 
Samada aku atau kau
 
Ingatlah hati ini telah terukir indah namamu
 
Nama ibu yang aku rindu
 
Nama ibu yang aku sayang
 
Nama ibuku yang satu.

“special for, SITI HAWA”


Aku bersyukur pada Allah swt... kerana  hingga ke hari ini aku masih lagi mampu bernafas di bumi  Nya.. terima kasih Allah kerana masih lagi memberikanku peluang untuk terus bersama hamba2 mu.  Ya Allah, Engkau panjangkanlah umur ibuku, sihatkanlah tubuh badannya, murahkan lah rezekinya, ampunkanlah dosa2 nya, berkatilah ibuku....Terima  kasih Allah... Alhamdulillah...
sesungguhnya, kasih ibu tiada taranya.. ampunkan dosa ku ibu..


Created by,
~RATU SYAHADAH~



Friday, 17 February 2012

MATI ITU PASTI


Assalamualaikum...wbt
      Sebenarnya, tiada apa yang menarik dan penting yang ingin aku kongsikan.. aku hanya ingin meluahkan segala rasa dan ketakutan yang  terpendam. Sepanjang cuti semester ini aku telah banyak di khabarkan dengan berita yang menyedihkan iaitu, “kematian”. Al-fatihah buat mereka yang telah pergi...semoga mereka di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Berita pemergian mereka yang aku kenali ini dan telah menjadi sebahagian dari penceritaan perjalanan hidupku, begitu mengejutkan dan memberikan tamparan yang hebat buat aku. Air mata menitis mengenangkan mereka yang telah pergi dan tidak mungkin akan kembali lagi. Terkadang diri ini tertanya2, adakah telah aku hargai sepenuhnya setiap detik saat bersama mereka disuatu ketika dulu? Ya.... Benarlah...adalah menjadi satu kesilapan yang amat besar pada mereka yang tidak tahu menghargai setiap insan yang berada di sekeliling mereka, satu kesilapan yang amat besar pada mereka tidak tahu untuk memohon maaf dan memberi maaf, satu kesilapan yang amat besar pada mereka yang memutuskan ikatan sillaturrahim sesama mereka.
        Terasa seperti baru semalam aku lihat mereka, baru semalam bergurau senda dan berbual mesra.. tapi hari ini, mereka telah pergi untuk selama-lamanya... Berita pemergian mereka membuatkan hatiku berdebar-debar, saban malam aku menangis seorang diri tatkala membayangkan diri ini juga pasti akan menyusul mereka kelak. Biarpun tiada yang mengetahui coretan ini, namun Allah swt itu maha mengetahui..sesungguhnya.. ajal, maut, jodoh, pertemuan segala2nya telah tertulis untuk kita sejak azali lagi dan kita pada hari ini sedang berjalan di atas tulisan-tulisan itu.. siapa tahu, barangkali entah esok, entah lusa aku juga di jemput  untuk menyusul mereka dan andai itu takdirnya, beribu kemaafan buat insan2 yang mengenali diri ini...

      Sesungguhnya aku takut untuk menghadapi detik itu... entah bagaimana cara pemergianku, entah di mana tempatnya, entah bilakah harinya..jam, minit, saat... Aku tahu, MATI ITU PASTI.. segala2 telah tertulis di lauhul mahfudz  Nya.. tiada siapa mampu melawan takdir Allah swt.. Aku juga tahu, kita sebagai manusia adalah sebagai khalifah di bumi Allah dan telah pun kita ketahui bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, di akhirat juga kekal untuk selamanya. Hari silih berganti, bila tibanya waktu malam, saat aku pejamkan mata, hati ini mula resah gelisah, fikiran ku melayang jauh membayangkan andai diri ini sudah tidak mampu bernafas di bumi Allah untuk hari esok...Apa yang terjadi padaku? Bagaimana aku menghadapi detik itu? Saat Malaikat datang menjemputku? Sempatkah aku mengalunkan kalimah syahadah? Ya Allah..sesungguhnya Engkau mengerti rasa hati ini, sungguh! aku takut untuk menghadapi saat itu, kuatkan lah semangatku Ya Allah. Menunaikan dengan penuh khusyuk memberikan aku sedikit ketenangan dan  hatiku akan mula resah gelisah bilamana andai aku meninggalkan nya. Aku mula membayangkan andai diri ini di jemput Nya dalam keadaan aku yang masih belum sempat bersedia...
      Ya Allah yang maha agung,.. sesungguhnya aku percaya bahawa MATI ITU PASTI, andai telah tiba waktunya untuk aku pergi menyusul mereka yang telah pergi menghadap Mu Ya Allah.. aku redha... Ya Allah, daripada Mu aku datang, dan kepada Mu jua aku kembali..Ya Allah, sesungguhnya, aku tidak layak untuk ke syurga Mu.. Namun ya Allah, tidak pula aku sanggup ke neraka Mu.. Engkau ampunkanlah dosa-dosaku dan terimalah taubat dariku. Sesungguhnya, Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...
Amin.... Ya Rabb...                                                                      
                                                                    Cetusan Rasa,
                                                          ~ R@tu Sy@h@d@h 89~